KUCHING: Dalam kesibukan berkempen, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukry sempat mendukung seorang anak kecil (gambar) ketika berkunjung ke Kampung Bako, hari ini.
Kemesraan sikap keibuan Nancy itu mendapat perhatian orang ramai.
Nancy meluangkan masa melawat petugas bilik gerakan GPS bagi Ranting kampung Hulu Bako, ranting kampung Tengah Bako dan Ranting Kampung Hilir Bako.