Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kehadiran Perdana Menteri bakal serikan sambutan Hari Gawai peringkat negeri
  • TEMPATAN

Kehadiran Perdana Menteri bakal serikan sambutan Hari Gawai peringkat negeri

Utusan Sarawak 11 months ago
RAPTAI majlis makan malam sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi. FotoUKAS

PETRA JAYA: Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan berada di Kuching malam ini bagi sama-sama menyerikan Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Majlis makan malam tersebut turut dihadiri oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pelbagai persembahan, simbolik, dan persiapan telah diadakan yang berfokuskan kepada budaya dan adat Kaum Bidayuh di samping turut menampilkan kebudayaan kaum Iban dan Orang Ulu.

Pada malam ini juga akan menyaksikan Anugerah Ikon Sukan Belia Dayak 2024 yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri kepada atlet-atlet kaum Dayak yang telah banyak berjasa kepada negeri dan negara.

Untuk makluman, sambutan pada tahun ini menyaksikan komuniti Bidayuh telah dipilih sebagai penganjur utama dengan satu jawatankuasa telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Majlis makan malam ini merupakan kemuncak bagi Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2024 dengan pelbagai pengisian program sepanjang Gawai Dayak diadakan seperti perarakan Niti Daun, Bazar Gawai dan Karnival Gawai.

Continue Reading

Previous: Warga kerja perlu peka inisiatif  kerajaan negeri
Next: Sapok Biki, Tee Kui, Sharifah Nurhalimatun ketuai larian baton SUKMA Bahagian Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.