Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kegagalan kontraktor patuhi SOP zahirkan kekecewaan
  • TEMPATAN

Kegagalan kontraktor patuhi SOP zahirkan kekecewaan

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAU… Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Sri Tiong King Sing memantau keadaan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

KUCHING: Kegagalan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo mematuhi garis panduan bersesuaian projek menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Semasa menggunakan Jalan Pan Borneo petang semalam, Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Sri Tiong King Sing bersama rombongannya tergamam apabila mendapati pihak kontraktor tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan.

Beliau turut terkilan kerana kontraktor tidak membuat atau membuka bahagian pengalihan untuk dilalui oleh kereta semasa kerja-kerja penurapan pada waktu puncak. 

“Akibatnya, keadaan lalu lintas terjejas teruk sekali gus menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkaitan,” ujarnya dalam satu kenyataan di media sosial.

Justeru, beliau menggesa pihak berkaitan yang bertanggungjawab melaksanakan projek segera  melakukan semakan. 

“Saya berharap Jabatan Kejuruteraan, agensi pelaksana dan kontraktor berkaitan segera mencari jalan penyelesaian sekali gus memastikan projek jalan raya Pan Borneo yang sedang dilaksanakan,  mematuhi SOP kejuruteraan yang relevan dan garis panduan.

“Selain itu, semua pihak juga harus memastikan keselamatan pengguna jalan raya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berulang,” kata beliau.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Pergerakan antara bahagian di Kuching, Samarahan tidak digalakan
Next: Hilang sekelip mata dibaham sang bedal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.