JPJ Sarawak selaras pengurusan, operasi seluruh negeri

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Pengarah JPJ Sarawak, Tuan Mohamad Faizal David Jemat mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan JPJ Sarawak Bil. 8 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Kenyalang, JPJ Sarawak, Kuching.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak memperkukuh penyelarasan pengurusan dan operasi di seluruh negeri menerusi Mesyuarat Pengurusan JPJ Sarawak Bil. 8 Tahun 2026, hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kenyalang, JPJ Sarawak itu dipengerusikan Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Mohamad Faizal David Jemat.

KETUA-KETUA bahagian dan unit JPJ Sarawak mengikuti Mesyuarat Pengurusan JPJ Sarawak Bil. 8 Tahun 2026.

Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan kewangan, aset, teknologi maklumat, keselamatan dan kebajikan warga kerja bagi memastikan pengurusan jabatan dilaksanakan secara terancang dan berintegriti.

Mesyuarat turut disertai Ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Seksyen, Ketua Unit, Ketua Stesen Penguatkuasaan, Ketua Pejabat JPJ UTC serta Ketua Stesen Kawalan Sempadan JPJ di seluruh Sarawak secara bersemuka dan dalam talian.

Platform berkenaan turut membolehkan penyelarasan serta pemantauan pengurusan dan operasi jabatan di seluruh Sarawak diperkukuh, selain membincangkan langkah penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Warga media Sarawak hargai insentif RM700

KUCHING, 21 Oktober: Pengamal media di Sarawak menyifatkan pemberian insentif sekali bayar sebanyak RM700 menerusi Belanjawan Sarawak 2027 sebagai pengiktirafan

Warga media Sarawak hargai insentif RM700

KUCHING, 21 Oktober: Pengamal media di Sarawak menyifatkan pemberian insentif sekali bayar sebanyak RM700 menerusi Belanjawan Sarawak 2027 sebagai pengiktirafan