Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005 – Dr Zaliha
  • NASIONAL

Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005 – Dr Zaliha

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 berkenaan.

“Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari dan sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui. Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum ini dilaporkan menuntut kerajaan membantah rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Daftar pemilih tambahan September 2023 dibuka untuk semakan – SPR
Next: Kementerian Perpaduan Negara sasar kenaikan IPNas kepada 0.7 menjelang 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.