Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kedai perabot di Sibu hangus
  • WILAYAH

Kedai perabot di Sibu hangus

Utusan Sarawak 9 months ago

SIBU: Sebuah kedai perabot terbakar sebanyak 60 peratus di Lorong Chew Siik Hiong 1 Tiong Hua, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.39 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bersama BBP Sungai Merah bergerak ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan bangunan jenis kekal di tingkat bawah bangunan tiga tingkat,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, kebakaran dapat dikawal jam 2.59 pagi, daripada merebak kebahagian lain bangunan.

“Api dapat dipadam sepenuhnya jam 3.07 pagi, anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 60 peratus,” katanya.

Gambar

PASUKAN BOMBA….Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran kedai perabot di Lorong Chew Siik Hiong 1 Tiong Hua, awal pagi tadi.

Continue Reading

Previous: Rumah PPRT di Kampung Jemoreng, Matu terbakar
Next: Jabatan KEMAS diharap buka lebih banyak kelas kemahiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.