Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kedah yakin mara
  • SUKAN

Kedah yakin mara

Utusan Sarawak 5 years ago
BADDROL BAKHTIAR

KEKALAHAN 1-2 yang dialami Kedah kepada Pahang pada aksi Liga Super sebelum ini menjadi pengajaran berguna untuk skuad Lang Merah, sebelum menghadapi lawan sama pada pusingan pertama Piala Malaysia di laman sendiri hari ini.

Ketua pasukan Kedah Baddrol Bakhtiar, menyifatkan kekalahan berkenaan sebagai peluang untuk rakan sepasukan memperbaiki kesilapan masing-masing, sebelum melayan kunjungan skuad Tok Gajah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

“Tiada tekanan sebenarnya kepada Kedah dan harapan saya pasukan dapat kekalkan momentum seperti aksi kami sebelum-sebelum ini, walaupun berdepan Pahang benar-benar mengingatkan aksi di separuh akhir (Piala Malaysia) pada musim lepas,” jelas Baddrol dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di Kuala Lumpur, semalam.

“Satu lagi harapan saya tiada mana-mana pemain mengalami sebarang kecederaan dan sempat pulih sebelum turun dengan Pahang, kerana kami memerlukan semua pemain terbaik yang dimiliki pasukan,” jelas pemain kelahiran Sungai Petani itu.

Pada aksi Liga Super 26 September lalu di Stadium Darul Makmur, Kedah terlebih dahulu berada di depan menerusi gol Tchetche Kipre pada minit ke-15, sebelum Pahang meraih kemenangan menerusi jaringan memenangi Adam Reed pada minit ke-41 serta Nik Sharif Haseefy (minit 46).

Dalam pada itu, Baddrol berpandangan pasukan Kedah mampu mara lebih jauh pada saingan Piala Malaysia kali ini, walaupun pernah dibelenggu beberapa masalah sebelum ini termasuk isu tunggakan gaji.

Pemenang perlawanan Kedah dan Pahang, bakal berentap sama ada dengan juara 33 kali Piala Malaysia Selangor atau Melaka, pada aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 November ini.

Perlawanan pusingan pertama di antara Selangor dan Melaka bakal diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Ahad ini.-Bernama

• KEMPEN LIGA MALAYSIA

Continue Reading

Previous: Harden mahu cungkil bakat baharu bola keranjang
Next: KUFC sedia ‘menyerang’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.