Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kebocoran Gas: Enam buruh asing dikejarkan ke hospital
  • JENAYAH

Kebocoran Gas: Enam buruh asing dikejarkan ke hospital

Utusan Sarawak 1 year ago
MANGSA ialah warga Indonesia Jamal Umar, 30 dan lima warga Filipina dikenali sebagai Said Bading, 43; Aduk Jak, 28; Shahrul Nizam Raymond,19; Milham Ibnu Hatta, 35 dan Jai Azmi, 19. Seorang pekerja berada di zon merah manakala lima lagi berada di zon kuning.

TAWAU: Seorang buruh pengsan manakala lima lagi sesak nafas akibat terhidu gas bocor dipercayai klorin di tapak pembinaan di Pegagau Agriculture Wakuba di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata, kesemua pekerja lelaki warga asing berumur 19 hingga 43 tahun itu dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Tawau ekoran kejadian kira-kira 11.00 pagi itu.

Beliau berkata mangsa ialah warga Indonesia Jamal Umar, 30 dan lima warga Filipina dikenali sebagai Said Bading, 43; Aduk Jak, 28; Shahrul Nizam Raymond,19; Milham Ibnu Hatta, 35 dan Jai Azmi, 19.

“Seorang pekerja berada di zon merah manakala lima lagi berada di zon kuning.

“Pihak kami bergegas ke lokasi setelah menerima maklumat kejadian dan mendapati berlaku kebocoran gas pada 11.00 pagi semasa kerja-kerja mengorek tanah menggunakan mesin pengorek di tapak pembinaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Jemishin berkata, pihaknya bertindak pantas untuk mengawal keadaan dengan memindahkan orang awam yang berada pada jarak 500 meter hingga 1 kilometer dari kawasan kejadian.

“Bomba juga membuat kerja-kerja pengezonan menggunakan pengesan gas untuk mengambil bacaan radiasi bahan dan menampal kebocoran pada tong yang dikenal pasti jenis klorin menggunakan tanah dan plastik, kerja-kerja penyahcemaran dijalankan sebelum operasi ditamatkan pada 8.36 malam tadi,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dua wanita jadi keldai akaun punca kerugian lebih RM450,000 ditahan polis
Next: Kes Culik Wartawan Bangladesh: Seorang anggota polis ditahan kerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.