Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kebanyakan kawasan di Marudi masih dinaiki air
  • Utara
  • WILAYAH

Kebanyakan kawasan di Marudi masih dinaiki air

Utusan Sarawak 3 months ago
BAHAYA… Jalan Sg Arang yang masih dalam, dan bahaya untuk kenderaan kecil.

MARUDI: Sebanyak 29 kampung, dan dua sekolah rendah di daerah Marudi masih dinaiki air sehingga kelmarin.

Jumlah kawasan dinaiki air ialah 31 kawasan dengan jumlah mangsa yang terjejas seramai 2,780 orang manakala jumlah bantuan pek makanan kering yang diagihkan sebanyak 2,576 pek.

Pegawai Pertahanan Awam daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, sebanyak 37 kampung, dua klinik kesihatan, dan 10 sekolah rendah di daerah Beluru menerima nasib yang sama.

Katanya, jumlah kawasan yang dinaiki air di daerah Beluru ialah sebanyak 49 kawasan dengan jumlah mangsa banjir terlibat 4,544, dan bantuan bekalan makanan sebanyak 6,403 pek.

Dalam pada itu, anggota Pertahanan Awam Marudi giat menjalankan pemantauan di kawasan yang berisiko banjir hari ini iaitu SK Benawa dengan ketinggian air sedalam satu kaki dan dua inci dan SK Benawa Marudi (1 kaki 4 inci ).

Kawasan lain yang terus dipantau ialah Kampung Padang Kerbau Marudi (0.18 meter), pekan Marudi (0.14 metar ), Kampung Cina Marudi ( 0.08 meter ), Kampung Ridan Marudi (0.24 meter ), Kampung Dagang Marudi ( 0.13 meter ), Kampung Narum Marudi ( 0.10 meter ) dan jalan Sg Aarng, Marudi ( 0.27 meter).

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Perbandaran Sibu kenal pasti jalan, sistem perparitan terjejas banjir
Next: RM5,000 untuk JKKK Tanjung Engkabang laksana aktiviti  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.