Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran: Tindakan pantas dua jiran selamatkan rumah panjang 
  • KEBAKARAN

Kebakaran: Tindakan pantas dua jiran selamatkan rumah panjang 

Utusan Sarawak 4 months ago

ROSAK... Keadaan bilik yang terlibat dalam satu insiden kebakaran di Rumah Panjang Mimis, Sungai Rau Entabai, Jalan Pakan Engkamop. 

JULAU: Tindakan pantas dua jiran menggunakan alat pemadam api berjaya mengelakkan kebakaran kecil di sebuah bilik di Rumah Panjang Mimis, Sungai Rau Entabai, Jalan Pakan Engkamop, daripada merebak ke bahagian lain, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kebakaran berlaku di bilik kecil berukuran 6 x 6 meter di pintu No. 27 sekitar jam 11:41 pagi, melibatkan kerosakan enam peratus pada perabot, pakaian, serta siling. 

Katanya, kebakaran turut menjejaskan bahagian siling pintu No. 28.

“Api berjaya dipadam oleh dua jiran, Ignatius Guma Angking, 31, dan Simon Sumping Balai, 26, menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum pasukan kami tiba,” katanya.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada jam 1:20 petang menjalankan pemeriksaan dan siasatan serta memberi ceramah ringkas mengenai pencegahan kebakaran kepada penghuni rumah panjang yang mempunyai 42 pintu itu.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2:50 petang.

Continue Reading

Previous: Motosikal elektrik terbakar di Miri
Next: 7 unit berek di Kem Batalion 10 PGA Sibu musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.