Kebakaran longgokan rumput kering di Kampung Seduku berjaya dipadamkan

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN belukar melibatkan longgokan rumput kering sepanjang kira-kira 200 kaki di kawasan ladang sawit Kampung Seduku berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba, semalam. Foto BBP Sri Aman

LINGGA: Kebakaran belukar yang melibatkan longgokan rumput kering sepanjang kira-kira 61 meter di kawasan ladang sawit Kampung Seduku berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, semalam.

Menurut kenyataan media BBP Sri Aman, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.53 malam sebelum jentera digerakkan seminit kemudian ke lokasi yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 10.34 malam dan mendapati kebakaran melibatkan longgokan rumput kering, dengan hanya sisa api masih kelihatan di kawasan ladang sawit.

Komander Operasi, PBK I Noor Faqriakmal, berkata pemeriksaan dan pemantauan dilakukan bersama dua wakil tuan tanah, Ketua Polis Lingga serta Ketua Kaum Kampung Seduku bagi memastikan tiada lagi kawasan yang berisiko terbakar.

Menurutnya, sisa api yang masih kecil kemudian dipadamkan menggunakan baldi berisi air yang diambil dari parit cetek sehingga kebakaran disahkan padam sepenuhnya.

Operasi dikawal pada 11.52 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya seminit kemudian.

Dalam operasi berkenaan, BBP Sri Aman menggerakkan sebuah Toyota Hilux dan sebuah van Urvan dengan kekuatan enam anggota. Operasi turut mendapat kerjasama dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, operasi berdepan beberapa kekangan, termasuk sumber air yang cetek serta akses jalan yang hanya boleh dilalui motosikal dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) melalui jalan tanah.

BBP Sri Aman turut memaklumkan tiada liputan rangkaian komunikasi di kawasan kejadian, sekali gus menjadi antara cabaran yang dihadapi pasukan sepanjang operasi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Kualiti udara Sarawak terus merosot

KUCHING: Kualiti udara di Sarawak terus berada pada tahap tidak sihat apabila majoriti stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara