DARO: Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kampung Kut di sini yang dilaporkan berlaku sejak pagi semalam berjaya memadam kebakaran membabitkan kira-kira tiga hektar kawasan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro, PBT II Hasman Bakar berkata, kebakaran berkenaan melibatkan kawasan seluas kira-kira 7.5 hektar.

“Setakat ini, kira-kira tiga hektar kawasan telah berjaya dipadamkan, manakala baki 4.5 hektar masih dalam usaha pemadaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pihak bomba terus menjalankan operasi bagi mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran di kawasan berkenaan.

Terdahulu, kebakaran hutan di Kampung Kut dilaporkan berlaku sekitar 9.00 pagi semalam.
Operasi pemadaman masih diteruskan dan perkembangan semasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Oleh Tarani Lanting




