Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran hutan di Krasnoyarsk Rusia merebak lebih 30,000 hektar
  • KEBAKARAN

Kebakaran hutan di Krasnoyarsk Rusia merebak lebih 30,000 hektar

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

MOSCOW: Jumlah kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di Wilayah Krasnoyarsk Rusia meningkat hampir dua kali ganda sejak 24 jam lepas, mencecah lebih 30,000 hektar, menurut pihak berkuasa perhutanan serantau hari ini, lapor Xinhua.

Menurut Pusat Bomba Hutan wilayah, 97 kebakaran hutan meliputi sejumlah 30,306.6 hektar, aktif di seluruh wilayah setakat hari ini.

Sehari sebelumnya, wilayah itu merekodkan 75 kebakaran hutan aktif yang menjejaskan kira-kira 16,400 hektar. Pihak berkuasa berkata ketika ini tiada ancaman kepada kawasan berpenduduk.

Kebakaran merebak ke tujuh daerah di wilayah Siberia yang luas, dengan kebanyakan kebakaran tertumpu di kawasan utara.

Pihak berkuasa telah meningkatkan pasukan tindak balas kebakaran di bahagian utara wilayah itu kepada 1,100 kakitangan. Krew tambahan dan lebih 300 anggota bomba udara juga telah dikerahkan.

Untuk memastikan pengangkutan pantas kakitangan ke lokasi kebakaran, sehingga 30 kapal terbang dan kapal pengangkutan air digunakan setiap hari, manakala sumber daripada Kementerian Situasi Kecemasan Rusia turut digerakkan.

Pakar meteorologi meramalkan cuaca panas tidak normal akan berterusan di kawasan itu untuk beberapa hari lagi. Situasi darurat susulan kebakaran hutan diteruskan di seluruh Wilayah Krasnoyarsk. – Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Sri Arjuna
Next: Bilik rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran di Kitang Heights

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.