SARIKEI: Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Exora , Kampung Seberang Sarikei petang tadi.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata sebuah jentera, dari Balai Bomba Sarikei, serta dibantu jentera Balai Bomba Bintangor dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1:55 petang tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian rumah dua tingkat jenis struktur separuh kekal telah terbakar 80 peratus.
“Difahamkan pada masa kejadian seramai lima orang penghuni rumah berkenaan berada di rumah dan penghuni lain keluar bekerja,” katanya.
Mahmudin berkata, kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2:30 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4:35 petang.
Rumah itu dipercayai milik milik Ketua Kaum, Redzuan Nor
Oleh Suriyani Molyadi