Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran di California Utara ragut empat nyawa
  • GLOBAL

Kebakaran di California Utara ragut empat nyawa

Utusan Sarawak 5 years ago

SAN FRANCISCO: Kebakaran di California Utara meragut empat lagi nyawa selain memaksa penduduk berpindah, lapor agensi berita Xinhua memetik Jabatan Perhutanan dan Pencegahan Kebakaran California (Cal Fire) pada Rabu.

Mangsa yang maut itu dilaporkan di daerah Shasta yang turut menyebabkan hampir 52,000 ekar tanah musnah, kata Cal Fire pada Rabu pagi.

Sementara, kebakaran di daerah Sonoma dan Napa pula memusnahkan sekitar 2,000 ekar tanah.

Api yang marak dan asap tebal memaksa penduduk berhampiran lokasi kebakaran dipindahkan.

Lima orang ditahan kerana berada di zon larangan, kata Syerif daerah Sonoma Mark Essick.Sebanyak 115 bangunan musnah termasuk 80 rumah dan sejumlah besar kilang anggur.

Turut diancam kawasan di Santa Rosa, yang pernah mengalami kemusnahan teruk akibat kebakaran pada 2017. Kebakaran dijangka bertambah buruk memandangkan tiupan angin dan suhu panas pada Khamis.

Perkhidmatan Cuaca Nasional turut mengeluarkan amaran bahaya tahap merah di kawasan pergunungan di Teluk Utara, mulai Khamis petang.– Bernama

Continue Reading

Previous: PBB gesa tamatkan pertempuran di Nagorno-Karabakh
Next: Syarikat penerbangan AS tawar cuti pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.