Kebakaran berhampiran lapangan terbang Charles de Gaulle, dua landasan ditutup

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN di sebuah gudang syarikat logistik di Louvres, kira-kira 10 kilometer dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, menyebabkan dua landasan lapangan terbang berkenaan ditutup pada Selasa.

LONDON: Dua landasan di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris ditutup selepas kebakaran berlaku di sebuah gudang pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

Kebakaran berlaku di sebuah syarikat logistik di Louvres, kira-kira 10 kilometer dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle. 

Punca kebakaran masih belum diketahui, menurut penyiar BFMTV.

Menurut laporan, trafik udara bagaimanapun tidak terjejas secara ketara susulan penutupan landasan berkenaan.

Sementara itu, kira-kira 110 anggota bomba dan 38 jentera bomba dikerahkan ke lokasi, manakala pihak berkuasa menutup beberapa jalan berhampiran.

Beberapa stesen kereta api turut ditutup, manakala beberapa laluan bas dilencongkan susulan kejadian itu. – Bernama-Anadolu