Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keadaan terkawal, operasi harian di Hospital Lundu seperti biasa
  • TEMPATAN

Keadaan terkawal, operasi harian di Hospital Lundu seperti biasa

Utusan Sarawak 4 months ago

LUNDU: Keadaan masih terkawal dan tiada gangguan operasi harian di Hospital Lundu setelah air naik mengejut.

Hujan lebat berterusan selama dua jam di  Lundu menyebabkan air di dalam parit penuh dan berlakunya banjir di sebahagian kawasan Hospital Lundu.

Penolong Pegawai Perubatan, King Guan Lee, berkata kejadian banjir tersebut merupakan kali kedua sepanjang perkhidmatannya di Hospital Lundu.

“Sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini dari 1996 hingga sekarang, ini merupakan kejadian banjir yang kedua terjadi di hospital ini.

“Sebelum ini, kejadian banjir yang pertama kali terjadi sekitar 2022 dan keadaan ketika itu teruk berbanding yang sekarang,” katanya.

Jelasnya, tiada sebarang kerosakan atau kerugian yang berlaku kerana air naik hanya di paras buku lali selama satu hingga dua jam sahaja dan keadaan kembali reda seperti sedia kala.

Menurut seorang pekerja di hospital tersebut, Khetty, keadaan masih terkawal kerana hanya bahagian pejabat belakang hospital yang terjejas.

“Nasib baik semasa air banjir mengejut berlaku, semua operasi berkaitan dengan klinik telah selesai dan di bahagian unit kecemasan juga tidak terjejas.

“Tiada operasi yang terganggu dan semasa kejadian kebanyakan kakitangan hospital sedang berehat dan bertindak dengan pantas menyelamatkan barang dan dokumen penting,” jelasnya.

Khetty juga mengungkapkan rasa syukur kerana kejadian banjir yang berlaku semalam tidak seteruk seperti sebelumnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hujan berpanjangan, penduduk Kampung Selampit berdepan kesulitan  
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan luang masa bersama keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.