Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KCFC lepaskan Bryan Jones
  • SUKAN

KCFC lepaskan Bryan Jones

Utusan Sarawak 4 years ago
DILEPASKAN…KCFC terpaksa melepaskan Bryan Jones (Kiri) ekoran prestasi kurang cemerlang yang ditampilkan dalam saingan Liga Premier musim ini.

SKUAD Kuching City FC (KCFC) memutuskan untuk melepaskan seorang pemain import mereka ekoran prestasi kurang cemerlang yang ditampilkan dalam saingan Liga Premier musim ini.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan berkata, pemain yang dimaksudkan iaitu Bryan Jones, yang bermain di posisi penyerang skuad itu sebelum ini.

Katanya, pemain import dari Brazil itu bukan sahaja telah menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan sepanjang kempen pusingan pertama Liga Premier 2021, malah kecederaan yang dialami oleh beliau memuktamadkan beliau disingkirkan daripada pasukan.

“Bryan telah ditamatkan kontraknya baru-baru ini, ekoran kecederaan dan prestasi kurang memberangsangkan sepaniang kempen pusingan pertama Liga Premier 2021.

“Keputusan untuk menamatkan kontrak beliau telah dicapai hasil persetujuan bersama dengan pihak pengurusan,” katanya.

Selain Bryan, KCFC dibarisi empat import asing iaitu, Hudson Dias (penyerang), Aylton Fereira (pertahanan) dan Yuta Suzuki (tengah).

Beliau turut mendedahkan, KCFC kini telah mendapatkan calon bagi pengganti Bryan yang kini telahpun berada di ibu negara menjalani kuarantin.

“Calon import baharu kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di Kuala Lumpur sebelum beliau ke Kuching pada minggu depan,” ujarnya.

KCFC kini menduduki tangga kesembilan Liga Premier setelah mengharungi 10 aksi dengan merekodkan dua kemenangan, empat seri dan empat kali kalah.

Continue Reading

Previous: Sabri Sahar sah ke Sarawak
Next: Uche Agba pemain terbaik April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.