Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kawasan rendah masih dinaiki air di Lubuk Bukut, dua rumah panjang
  • WILAYAH

Kawasan rendah masih dinaiki air di Lubuk Bukut, dua rumah panjang

Utusan Sarawak 4 months ago

Kaedan di Rh Steven, Lubuk Bukut. Foto ihsan APM Daerah Selangau

SELANGAU: Kawasan rendah di Jeti Lubuk Bukut dan dua rumah panjang di tebingan Sungai Batang Balingian, di sini masih dinaiki air hasil tinjuan petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Lt. (PA) Luke Douglas Dongum berkata, kesemua penduduk rumah panjang di kawasan Tebingan Sungai Batang Balingian tidak terjejas dan keadaan di lokasi adalah terkawal.

“Tinjauan di lokasi pertama, tebingan sungai Batang Balingian mendapati paras air lebih kurang 0.06 meter hingga 0.08 meter di atas jalan yang rendah dan tren air menaik.

“Lokasi kedua, Jeti Lubuk Bukut paras air lebih kurang 0.06 meter hingga 0.34 meter di atas jalan yang rendah.

“Lokasi ketiga, Rumah (Rh) Annie, Lubuk Bukut paras bacaan air lebih kurang 0.28 meter hingga 0.34 meter di kawasan rumah panjang yang rendah.

“Sementara lokasi keempat tinjauan di Rh Steven, Lubuk Bukut tiada merekodkan bacaan paras air. 

“Pasukan pemantauan tidak boleh menyemberangi sungai untuk meninjau paras air kawasan Rh Steven atas faktor cuaca gelap,” katanya menerusi kenyataan.

Continue Reading

Previous: Tanah susur di Kapit, lima keluarga terjejas
Next: Banjir landa enam unit kuarters guru, dewan makan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.