Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kawasan di Sungai Anak berpotensi bangunkan tanaman rumbia
  • BISNES

Kawasan di Sungai Anak berpotensi bangunkan tanaman rumbia

Utusan Sarawak 4 years ago
AMANAT… Datuk John Sikie menyampaikan amanat beliau pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) Siri 5 di Rumah Dicka, Sungai Anak, semalam.

TATAU: Kawasan di Sungai Anak mempunyai pontensi besar untuk membangunkan tanaman rumbia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Datuk John Sikie Tayai berkata, ini sekali gus akan melonjak dan mempelbagai kegiatan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

“Tanaman ini juga mendapat permintaan yang tinggi kerana pelbagai produk berasaskan rumbia di pasaran dan dieksport ke luar negara.

“Untuk rekod pada tahun lepas nilai eksport rumbia adalah bernilai RM89 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) Siri 5 di Rumah Dicka, Sungai Anak, semalam.

Beliau juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) memaklumkan bahawa ulat sagu daripada rumbia tersebut juga mendapat permintaan tinggi.

“Kini ulat sagu mencecah RM60 untuk sekilogram dan mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Justeru, beliau menggesa JKKK untuk menjalankan projek pertanian secara komuniti, melalui projek seperti ini dapat menambah hasil pendapatan sesebuah rumah panjang.

“Ubah cara penanaman yang lama kepada cara baru yang diajar oleh Jabatan Pertanian supaya dapat mengeluarkan hasil yang lumayan,” katanya.

Pada majlis berkenaan beliau telah menyampaikan 11 cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus yang bernilai RM214,000.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: STATOS lancar PASS bantu peniaga
Next: Program i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli KWSP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.