Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Karnival TVET Subis 2026 buka minda pelajar kepada peluang pendidikan dan kerjaya
  • PENDIDIKAN

Karnival TVET Subis 2026 buka minda pelajar kepada peluang pendidikan dan kerjaya

Utusan Sarawak 5 hours ago
TERIMA KASIH... Rahayu Deli menyampaikan cenderamata kepada Donald Henry Nohed pada Karnival TVET anjuran PPD Subis di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini.

BEKENU: Karnival TVET Daerah Subis 2026 berfungsi sebagai platform penting dalam memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada murid melalui pengalaman pembelajaran sebenar, sekali gus membuka minda mereka terhadap pelbagai peluang pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.

Karnival itu menghimpunkan penyertaan murid sekolah rendah, sekolah menengah dan program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) melalui 46 gerai jualan yang memberi peluang kepada murid mempelajari kemahiran keusahawanan, pengurusan gerai, komunikasi, pemasaran, pengiraan kos dan keuntungan, serta kerja berpasukan.

RAKAM KENANGAN… Rahayu Deli dan Donald Henry Nohed bergambar kenangan bersama yang lain pada Karnival TVET anjuran PPD Subis di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Subis, Rahayu Deli berkata, seramai 204 murid Tingkatan Lima dari lima sekolah menengah di Daerah Subis turut menyertai program Discover Petronas@Schools TVET.

“Program ini memberikan pendedahan secara langsung kepada bidang TVET, tenaga, minyak dan gas, maritim, keselamatan industri serta laluan kerjaya melalui pelbagai aktiviti interaktif yang dikendalikan Petronas, Petrosains, Petronas Carigali, Petronas Dagangan Berhad dan Akademi Laut Malaysia.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis merakamkan penghargaan kepada Petronas, Sarawak Skills Wilayah Miri, Co-Opbank Pertama dan Press Metal Bintulu Sdn. Bhd. atas sokongan dalam menjayakan karnival menerusi sumbangan kepakaran, latihan, dana dan kemudahan sepanjang penganjuran program,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak di Karnival TVET anjuran PPD Subis di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini.

Dalam masa yang sama, karnival ini turut mempamerkan hasil inovasi dan robotik murid, membuktikan bahawa pelajar di kawasan luar bandar juga mempunyai potensi besar dalam bidang teknologi dan reka cipta, tambahnya lagi.

MERIAH… Keadaan orang ramai terdiri daripada ibu bapa pelajar di Arena Subis yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak pada Karnival TVET hari ini.

Sehubungan itu, PPD Subis berharap program seumpama ini dapat terus memupuk minat murid terhadap TVET sebagai laluan utama untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri masa depan.

“Kepada semua murid, jangan takut mencuba dan bertanya serta meneroka pengalaman baharu kerana setiap kemahiran yang dipelajari boleh membuka jalan kepada masa depan yang lebih luas,” tegasnya lagi.

Perasmian karnival itu telah disempurnakan oleh wakil kepada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat iaitu Ketua Bahagian Pendidikan Donald Henry Nohed.

Oleh Adum Liu

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: JPPKK perluas akses TVET kepada keluarga ATM menerusi Program K2T
Next: IPD Lawas perkasa program sekolah, fokus pencegahan buli dan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.