Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Karnival Para SUKMA berlangsung 21 hingga 28 September ini
  • SUKAN

Karnival Para SUKMA berlangsung 21 hingga 28 September ini

Utusan Sarawak 9 months ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika mengadakan sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

PETRA JAYA: Karnival Para SUKMA XXI Sarawak 2024 akan berlangsung di Dataran Perayaan di sini, bermula 21 hingga 28 September ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, karnival tersebut akan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

“Antaranya aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah gerai jualan dan pameran, persembahan busker Orang Kurang Upaya (OKU), pertandingan, demonstrasi dan banyak lagi. 

“Karnival ini juga akan bermula pada 10 pagi hingga 8 malam pada 21 hingga 28 September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa penginapan untuk kontinjen akan ditempatkan mengikut jenis sukan yang disertai bagi memudahkan pergerakan para atlet di 20 hotel sekitar Kuching. 

Selain itu, Para SUKMA pada kali ini akan menggunakan beberapa venue di Kuching, antaranya ialah Stadium Sarawak, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Dewan Persatuan Badminton Sarawak, Megalanes E-Mart Batu Kawa, Lapangan Memanah Petra Jaya, Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Arena Serba Guna Petra Jaya, SJK Chung Hua No.3, Hotel Raia dan Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak.

Untuk rekod, temasya kali ini akan menyaksikan 1,290 atlet daripada 15 kontinjen di seluruh Malaysia, termasuk Sarawak (213 atlet), Sabah (146), Johor (112), Selangor (100), Perak (88), Pulau Pinang (81), Kedah (76), Terengganu (75), Negeri Sembilan (71), Perlis (64), Melaka (62), Pahang (57), Kelantan (48), Kuala Lumpur (33), dan Labuan (64).

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak sedia 150 pengangkutan pelbagai jenis sepanjang Para SUKMA 2024
Next: Paris 2024: Imaan Aiman terkandas peringkat saringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.