Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Karnival Belia Bau bermula 29 November ini platform perkasa bakat tempatan
  • TEMPATAN

Karnival Belia Bau bermula 29 November ini platform perkasa bakat tempatan

Utusan Sarawak 6 months ago
UNTUK ALBUM… Datuk Henry Jinep bersama pihak penganjur Karnival Belia Bau bergambar bersama selepas sidang media Karnival Belia Bau 2024.

KUCHING: Karnival Belia Bau 2024, yang bakal berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember di Pusat Redeems, Singai Bau, dijangka menjadi platform dinamik untuk memperkasa belia dan memupuk semangat perpaduan komuniti.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep berkata, dengan tema mempromosikan kebudayaan, kecergasan, dan keseronokan, acara ini bertujuan mengangkat bakat tempatan sambil mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

“Program selama tiga hari ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pertandingan nyanyian Belia Bau Idol, program kecergasan dan Zumba, pertandingan bola sepak, serta pameran kereta.

“Karnival ini turut menampilkan konsert artis tempatan yang bakal menyemarakkan semangat belia dan memartabatkan kebudayaan Bau.

“Karnival ini dianjurkan dan dikelola sepenuhnya oleh golongan belia, bagi mengasah kebolehan golongan ini untuk menganjurkan acara,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Karnival Belia Bau, di Pejabat Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) di sini, hari ini.

Menurut pengerusi penganjur, Joseph Emmanuel Rentap, acara ini bertujuan mendorong penglibatan aktif golongan muda melalui platform seperti pertandingan dan aktiviti kreatif, seterusnya mencetuskan rasa bangga serta kepunyaan terhadap kemajuan daerah.

“Karnival ini memperlihatkan komitmen Bau untuk menjadi hab bakat dan inovasi yang progresif,” katanya.

Tambah Joseph,antara tumpuan utama ialah program temuduga kerja terbuka yang akan diadakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk mencari peluang pekerjaan.

Katanya, PERKESO menyediakan sembilan syarikat untuk tujuan temuduga terbuka tersebut.

“Selain itu, pada karnival ini juga akan menyediakan reruai untuk permohonan Kenyalang Gold Card kepada warga emas dan pemeriksaan kesihatan percuma,”katanya.

Untuk makluman, upacara perasmian Karnival Belia Bau akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, manakala upacara penutupannya akan dihadiri oleh Datuk Henry Jinep.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hasil kutipan lukisan berasaskan kopi bakal diberi kepada dua sekolah
Next: SFC adakan program kenali, fahami dan pulihara buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.