Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kapten Son bawa impian zaman kanak-kanak ke Piala Dunia keempat
  • SUKAN

Kapten Son bawa impian zaman kanak-kanak ke Piala Dunia keempat

Utusan Sarawak 1 hour ago
KAPTEN Son bawa impian zaman kanak-kanak ke Piala Dunia keempat. Foto agensi.

SEOUL: Setiap kali berfikir tentang bermain di Piala Dunia FIFA, Son Heung-min kembali menjadi kanak-kanak, seorang budak lelaki yang bermimpi untuk mewakili Korea Selatan pada kejohanan bola sepak terbesar itu.

Kini berusia 33 tahun, Son akan memimpin Korea Selatan pada Piala Dunia keempatnya bulan depan di Mexico. Beliau dinamakan sebagai ketua bagi skuad 26 pemain di bawah jurulatih Hong Myung-bo di Seoul Sabtu lepas dan diperkenalkan sebagai kapten.

Son tidak tahu sama ada ia akan menjadi Piala Dunia terakhirnya namun yakin beliau akan menikmati pengalaman itu.

“Tidak kira berapa banyak Piala Dunia telah anda beraksi. Ia tetap seperti mimpi. Saya rasa seperti seorang kanak-kanak kecil yang sangat teruja untuk mewakili negara yang hebat ini,” Agensi Berita Yonhap melaporkan Son bercakap kepada pemberita dalam bahasa Inggeris di Stadium BMO di Los Angeles pada Jumaat, dua hari sebelum berdepan Seattle Sounders.

Perlawanan itu yang terakhir bagi Son dalam Major League Soccer (MLS) sebelum beliau menyertai pasukan kebangsaan Korea Selatan di kem latihan mereka di Salt Lake City.

“Ia tanggungjawab yang berat, tetapi ia satu penghormatan besar bagi saya,” sambung Son. 

“Saya hanya mahu berseronok dan menjadikan kejohanan ini seperti festival. Semua orang telah bekerja selama empat tahun untuk kejohanan yang luar biasa ini. Kami mahu berseronok dan meraih keputusan yang cemerlang.

Ditanya sama ada beliau berasa sukar untuk tidak memikirkan mengenai perlawanan Piala Dunia pertama Korea Selatan menentang Czechia pada 11 Jun di Mexico, Son menggelengkan kepalanya dan berkata: “Saya tidak memikirkan masa depan. Saya sentiasa menangani hari demi hari, perlawanan demi perlawanan.” “Perlawanan paling penting ialah pada Ahad,” tambahnya. 

“Hanya mahu memastikan kami mendapat keputusan yang hebat sebelum saya pergi ke Piala Dunia dengan perasaan yang hebat.

Menjawab soalan daripada pemberitan Korea Selatan, Son berkata semangatnya untuk mewakili negara di Piala Dunia tidak pernah berubah dan beliau mahu mengambil pendekatan yang sama dalam kejohanan akan datang.

“Saya mahu memberikan segala yang saya ada di dalam dan di luar padang. Ia akan membantu pasukan bergerak ke arah yang kita semua mahukan,” kata Son. “Dan Piala Dunia sepatutnya menjadi festival, dan saya mahu mencipta budaya di mana peminat akan dapat menikmatinya. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Final Piala Malaysia: Penyokong sanggup belanja lebih RM15,000 demi Kuching City
Next: Muhammad Irfan wakili Sarawak ke SUKMA, TBBC Sri Aman bangga lahirkan atlet berpotensi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.