KAPS Samarahan 2026 perkukuh kesedaran pendidikan seksual dalam kalangan remaja

Facebook
WhatsApp
PROGRAM Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) Bahagian Samarahan Tahun 2026 yang diadakan di SMK Hajjah Laila Taib, Asajaya. Foto AADK Daerah Samarahan

ASAJAYA, 27 Oktober: Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) Bahagian Samarahan 2026 menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai pendidikan seksual yang sihat dan bertanggungjawab.

Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Samarahan, program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hajjah Laila Taib, Asajaya, semalam, merupakan inisiatif berterusan untuk memperkukuh advokasi pendidikan seksual dalam kalangan remaja dan komuniti setempat.

Program berkenaan dirangka bagi menyampaikan maklumat berkaitan isu seksual secara berhemah, tepat dan bersesuaian dengan keperluan masyarakat. Inisiatif itu turut bertujuan mendidik golongan muda supaya lebih peka terhadap keselamatan diri, kesejahteraan sosial serta tanggungjawab ketika membuat keputusan.

Pelaksanaan KAPS melibatkan kerjasama pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan, institusi pengajian tinggi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa serta komuniti setempat bagi memastikan mesej pendidikan dan pencegahan dapat disampaikan secara menyeluruh dan berkesan.

Menurut AADK Daerah Samarahan, persediaan program itu merangkumi penyelarasan tarikh bersama pihak sekolah, urusan mendapatkan kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta jemputan kepada penceramah dan agensi berkaitan.

“Kerjasama strategik antara semua pihak amat penting bagi memastikan usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu sosial dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Melalui pendekatan intervensi sosial yang menyeluruh, program itu diharap dapat melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berakhlak, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan bijak ketika menghadapi cabaran kehidupan.

AADK Daerah Kota Samarahan turut menegaskan bahawa pendidikan, kesedaran dan sokongan komuniti merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat sejahtera serta melindungi generasi muda daripada risiko masalah sosial.

“Pendidikan hari ini adalah benteng perlindungan generasi masa depan,” menurut AADK Daerah Kota Samarahan.

Oleh Adi Safarman

Terima kasih feri Batang Paloh

SIBU, 28 Oktober: Perkhidmatan feri Batang Paloh akan menamatkan operasinya pada 12.00 tengah hari Jumaat ini (30 Oktober), seiring dengan