Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kapal nelayan dalam pembinaan terbakar di Kuala Baram
  • KEBAKARAN

Kapal nelayan dalam pembinaan terbakar di Kuala Baram

Utusan Sarawak 6 months ago

PADAM...Pasukan bomba memadamkan kebakaran sebuah kapal nelayan di Kuala Baram, Miri.

MIRI: Sebuah kapal nelayan yang dalam proses pembinaan terbakar dalam kejadian di Kuala Baram di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar  jam 3.15 petang tadi.

Katanya, sepasukan bomba dari BBP Lutong digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan bahagian Kokpit kapal yang sedang dalam proses pembinaan telah terbakar 60 peratus.

“Setelah membuat ‘size up’ (pemeriksaan) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan), pasukan keluar operasi (PKO) Lutong lengkap dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE) membentang  satu aliran 200 kaki, dua  nozel air dari jentera untuk memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Henry berkata, operasi yang turut dibantu anggota dari BBP Lopeng tamat sepenuhnya pada 4.28 petang.

“Kebakaran tiada melibatkan kecederaan. 

“Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Continue Reading

Previous: Bahagian dapur kedai kopi terbakar
Next: Tiga rumah di Kampung Long San musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.