Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kapal layar Bayesian: Mayat terakhir ditemukan dalam bangkai kapal layar mewah
  • GLOBAL

Kapal layar Bayesian: Mayat terakhir ditemukan dalam bangkai kapal layar mewah

Utusan Sarawak 9 months ago

ROME: Mayat yang dipercayai anak perempuan jutawan  teknologi British, Mike Lynch, yang berusia 18 tahun telah ditemukan dalam bangkai kapal layar mewah di pantai Sicily, menjadikan semua penumpang yang hilang kini telah dijumpai, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pengawal Pantai Itali berkata, mangsa keenam dan terakhir yang hilang telah ditemukan dalam kapal layar Bayesian yang karam, semalam.

Vincenzo Zagarola, daripada Pengawal Pantai Itali berkata pencarian Hannah tidaklah “mudah atau cepat”, sambil menyamakan kapal layar yang tenggelam itu dengan “bangunan 18 tingkat yang penuh dengan air.”

Lynch, anak perempuannya Hannah, Pengerusi Morgan Stanley International Bank Jonathan Bloomer, isterinya Judy Bloomer, peguam Clifford Chance Chris Morvillo dan isterinya Neda Morvillo, hilang apabila kapal layar itu karam sekitar 5.00 pagi Isnin lepas.

Lima mayat telah dibawa ke darat di kampung nelayan kecil Porticello, kira-kira 18 kilometer dari ibu kota Sicily, Palermo.

Daripada 22 penumpang dan kru di atas kapal, 15 orang – termasuk isteri Lynch, Angela Bacares – telah diselamatkan selepas berjaya menyelamatkan diri mereka dengan menaiki bot penyelamat.

Mayat warga Kanada-Antigua, Recaldo Thomas yang bekerja sebagai tukang masak di kapal layar itu telah ditemukan di lokasi kejadian pada Isnin.

Pelayaran kapal itu adalah sebagai sambutan pembebasan Lynch daripada kes penipuan yang dibicarakan di Amerika Syarikat. – Bernama – PA MEDIA/dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: FDA AS luluskan vaksin Covid-19 terkini untuk tangani varian Omicron KP.2
Next: Upacara pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.