Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kanye West tarik puluhan ribu peminat di Belanda walaupun terpalit kontroversi antisemitisme
  • HIBURAN

Kanye West tarik puluhan ribu peminat di Belanda walaupun terpalit kontroversi antisemitisme

Utusan Sarawak 6 hours ago
KANYE West tarik puluhan ribu peminat di Belanda walaupun terpalit kontroversi antisemitisme. Foto agensi.

ARNHEM (Belanda): Puluhan ribu peminat membanjiri konsert penyanyi rap Amerika Syarikat, Kanye West, di Belanda semalam meskipun beliau terus dibelenggu kontroversi susulan kenyataan berunsur antisemitisme yang menyebabkan beberapa konsertnya di Eropah dibatalkan.

West mencetuskan kemarahan orang ramai sebelum ini selepas mengeluarkan kenyataan yang memuji pemimpin Nazi, Adolf Hitler, menghasilkan lagu berjudul Heil Hitler serta menjual kemeja-T yang memaparkan simbol swastika menerusi laman sesawangnya.

Di luar Stadium Gelredome di bandar Arnhem, di timur Belanda, yang mencatat kehadiran sekitar 40,000 penonton, para peminat memberitahu AFP bahawa mereka memilih untuk memisahkan karya muzik artis berusia 48 tahun itu daripada kontroversi yang menyelubungi dirinya.

PULUHAN ribu peminat membanjiri konsert penyanyi rap Amerika Syarikat, Kanye West, di Belanda. Foto agensi.

“Saya tidak menyokong semua kenyataan yang pernah diucapkannya kerana perkara itu sememangnya sangat kontroversial,” kata pelajar Belgium berusia 20 tahun, Loes Snyers.

“Namun begitu, saya tidak terlalu mempedulikan kecaman terhadap perkara buruk yang dilakukan oleh seseorang artis. Saya lebih menumpukan perhatian kepada muzik mereka.”

Penyanyi yang kini dikenali sebagai Ye itu sebelum ini menafikan bahawa beliau bersikap antisemitik dan menjauhkan diri daripada kenyataan berkenaan menerusi media sosial, sambil mengaitkannya dengan gangguan bipolar yang dihidapinya.

Berhampiran lokasi konsert, sebuah pertubuhan Yahudi, CIDI, mengadakan bantahan kecil terhadap artis tersebut dengan memaparkan petikan kenyataan berunsur antisemitisme yang pernah dikeluarkannya pada plakad.

“Saya memahami bahawa para peminat hadir untuk menikmati muziknya, namun kita tidak boleh menutup mata terhadap kebencian terhadap orang Yahudi yang pernah disebarkannya secara meluas sebelum ini,” kata Pengarah CIDI, Naomi Mestrum.

Pertubuhan itu sebelum ini berusaha untuk mendapatkan perintah pembatalan konsert berkenaan, namun mahkamah di Amsterdam memutuskan bahawa persembahan tersebut tidak mengancam ketenteraman awam.

Konsert Ye sebelum ini telah dibatalkan di United Kingdom, Perancis, Poland dan Itali.

“Kami tidak berpuas hati kerana beliau masih diberikan pentas yang begitu besar di Belanda, sedangkan negara-negara lain di rantau ini telah mengambil pendirian berasaskan pertimbangan moral dan menolaknya,” kata Mestrum.

“Jika seseorang benar-benar mahu menebus kesilapan, perkara itu memerlukan lebih daripada sekadar permohonan maaf yang dimuat naik di Twitter.”

Ye dijadualkan mengadakan persembahan di Tirana, ibu negara Albania, pada 11 Julai ini dan di Prague pada 25 Julai. – AFP

Continue Reading

Previous: T-Rex tampil dengan karya baharu Anak Borneo
Next: Tiga dekad bertapak, Dewa 19 bukti karya rock lagenda kekal diminati 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.