JOSE Mourinho semalam memberi amaran kepada Harry Kane bahawa hubungannya yang “istimewa” dengan Tottenham Hotspur bermaksud ia sudah pasti tidak seronok untuk bermain dengan kelab lain.
Kane menjaringkan dua gol hebat ketika Tottenham meningkatkan usaha mereka untuk layak ke Liga Europa dengan kemenangan 3-0 ke atas Leicester di London utara semalam.
Kapten England itu kini telah menjaringkan enam gol sejak Liga Perdana Inggeris disambung semula dan 13 dalam 18 perlawanan di bawah kendalian Mourinho.
Mourinho percaya bahawa ikatan dengan Tottenham menjadikan Kane sebagai pemain yang ada sekarang.
“Saya rasa semua orang menganggap dia pemain hebat dan Tottenham sangat beruntung memilikinya kerana dia seorang pemain, orang dan anak Tottenham,” kata Mourinho.
“Semua ini menjadikannya benar-benar pemain istimewa untuk kita yang mungkin tidak begitu istimewa bermain untuk pasukan lain. Dia benar-benar istimewa untuk kita, dia benar-benar istimewa untuk Tottenham.
“Sudah tentu kami mahu dia gembira dan untuk dia merasa gembira dia menginginkan kemenangan, menjaringkan gol, dan saya sangat gembira setelah kecederaan yang sangat sukar dia datang ke arah di mana dia akan mengakhiri musim dengan sempurna.
“Semoga awal musim depan dia akan menjadi lebih baik.”
Anak buah Mourinho berada di tempat keenam dengan hanya satu perlawanan lagi di Crystal Palace hujung minggu depan.
Kane menjaringkan dua kali sebelum rehat setelah gol sendiri James Justin, membolehkan Tottenham mencatat kemenangan ketiga berturut-turut.
Leicester yang berada di kedudukan keempat mungkin harus berpuas hati dengan kelayakan ke Liga Europa setelah mengalami kekalahan menghampakan.
Mereka kekal saman mata dengan pasukan tempat kelima Manchester United yang bermain kurang satu perlawanan melawan West Ham pada hari Khamis.
Leicester kini hampir pasti harus mengalahkan United pada hujung minggu terakhir musim ini. – AFP