Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-kanak terperangkap dalam kereta diselamatkan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kanak-kanak terperangkap dalam kereta diselamatkan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ANGGOTA bomba telah menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam sebuah kereta dalam kejadian di Taman Sri Jaya dekat sini, semalam. Foto: BBP Sri Aman
 
 

SIMANGGANG: Anggota bomba telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terperangkap dalam kereta dalam kejadian di Taman Sri Jaya, semalam.

Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah menerima panggilan kecemasan tersebut sekitar 5.19 petang.

Justeru, seramai tiga anggota BBP Sri Aman yang diketuai oleh Albert Shee Ji Long telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan mendapati seorang kanak-kanak terperangkap dalam kereta tersebut.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar kereta terkunci dari dalam dan terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak terperangkap di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Muhammad Rais berkata PKO terus membuat penilaian awal di lokasi dengan menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap dan menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta tersebut sehingga berjaya dibuka.

“Anggota bomba mengambil masa selama 14 minit untuk membuka pintu kereta tersebut.

“Mangsa iaitu kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada keluarga dan tiada sebarang kecederaan berlaku terhadap kanak-kanak terbabit,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aidilfitri jadi pemangkin perpaduan warga RISDA Betong
Next: Kedai kopi sekitar bandar Sibu diperiksa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.