Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh dari tingkap hotel
  • NASIONAL

Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh dari tingkap hotel

Utusan Sarawak 2 years ago

Siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14 ke kawasan beranda di tingkat lima hotel tersebut.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut apabila terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu di sini, pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi memberitahu siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14 ke kawasan beranda di tingkat lima hotel tersebut.

Menurutnya pihak JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.44 pagi tadi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama jentera ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada 7.53 pagi,” katanya.

Katanya identiti mangsa masih dalam proses untuk dikenal pasti. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hasil rundingan pembelian MySejahtera antara tumpuan Dewan Rakyat
Next: Zulkapli Mohamed dilantik sebagai KPPA baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.