Kampung Tanjung Datu, Opar dilanda banjir

Facebook
WhatsApp
Kampung Tanjung Datu dan Opar antara perkampungan yang dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak semalam.

BAU: Seramai 13 mangsa banjir membabitkan enam keluarga dari Kampung Tanjung Datu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Tanjung Datu Tasik Biru, hari ini ekoran hujan lebat sejak semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), PPS berkenaan dibuka seawal 6.40 pagi tadi.

Antara PPS yang dibuka bagi menempatkan penduduk kampung terjejas akibat banjir.

Sebuah lagi PPS dibuka di Kampung Opar pada 7.00 pagi.

“Seramai empat mangsa daripada satu keluarga telah diarahkan berpindah ke PPS Balai Raya Kampung Opar,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, trend air di kedua-dua kampung tersebut masih lagi meningkat setakat 8.00 pagi tadi.