Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Simpang Empat Kabong diisytihar kawasan wabak demam denggi 
  • WILAYAH

Kampung Simpang Empat Kabong diisytihar kawasan wabak demam denggi 

Utusan Sarawak 4 months ago

Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Demam Denggi dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee hari ini.

KABONG: Kampung Simpang Empat Kabong telah diisytihar sebagai kawasan wabak demam denggi yang terbaharu susulan dua kes yang direkodkan dalam tempoh 14 hari di kawasan berkenaan.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Abdul Mualim Shah menasihatkan agar tempat pembiakan nyamuk aedes dimusnahkan.

“Pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah cara paling berkesan dalam kawalan demam denggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Wabak Demam Denggi yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee di Pejabat Daerah Kabong dekat sini hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut, Pegawai Daerah Kabong menyarankan agar pihak Majlis Daerah Saratok (MDS) membantu penduduk kampung menjalankan aktiviti gotong royong dengan segera.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohamad Buhaiqi Madi, turut berpesan kepada penduduk yang mengalami tanda dan gejala demam denggi agar segera mendapatkan rawatan.

“Mereka juga boleh menjalankan pemeriksaan kendiri di rumah masing-masing dengan memastikan tiada bekas air bertakung, yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sampah juga hendaklah dibuang ke tempat yang betul, agar wabak dapat dielakkan,” katanya.

Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Bahagian Betong juga berharap langkah ini perlu diambil dengan harapan tiada lagi kes demam denggi direkodkan di Kabong, khususnya Kampung Simpang Empat Kabong, selepas 11 Januari depan.

“Fokus kita semua untuk menamatkan dengan segera wabak bahaya ini. Tolong buka pintu semasa semburan kabus dijalankan agar dapat membunuh nyamuk aedes dengan berkesan,” katanya.

Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Betong, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Saratok, Majlis Daerah Saratok (MDS), Balai Polis Kabong dan semua ketua kaum dan ketua masyarakat (KMKK) di Daerah Kabong.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: ‘Malam Pesta Muda Mudi’ eratkan hubungan pemimpin, penduduk Daro
Next: PMS digesa kaji semula objektif, misi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.