Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kampung Benawa dilanda banjir
  • TEMPATAN

Kampung Benawa dilanda banjir

Utusan Sarawak 5 years ago
BERWASPADA… Ketua Kampung Benawa, Hasbie Sulaiman memantau keadaan sekeliling

MARUDI : Kampung Benawa Marudi dilanda banjir ekoran limpahan air dari Sungai Baram dan Tutoh.

Ketua Kampung, Hasbie Sulaiman ketika dihubungi berkata, hujan lebat di Ulu Baram menyebabkan air di beberapa kawasan rendah di Kampung Benawa naik sehingga satu inci, semalam.

Katanya, penduduk tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa dan tidak dapat keluar rumah.

Apatah lagi jelasnya, ketika ini penduduk berkurung dalam rumah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 dan pada masa yang sama di bulan Ramadan ini penduduk turut menunaikan ibadah puasa.

Katanya, keadaan terkawal dan penduduk kampung dalam keadaan berjaga-jaga dalam keadaan air bah yang tidak menentu pasang surutnya.

Justeru, Hasbie menggesa penduduk kampung supaya sentiasa berwaspada dalam keadaan banjir ketika ini dan berharap air cepat surut.

Continue Reading

Previous: JBPM Limbang amal pendekatan norma baharu
Next: Ketua Cabang PKR Sibu letak jawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.