Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kalung abad ke-18 diperbuat daripada 500 berlian bakal dilelong
  • GLOBAL

Kalung abad ke-18 diperbuat daripada 500 berlian bakal dilelong

Utusan Sarawak 8 months ago

Kalung ini dijangka terjual pada harga antara AS$1.8 juta (kira-kira RM7.4 juta) dan AS$2.8 juta (kira-kira RM11.54 juta). Foto AFP

LONDON: Kalung misteri abad ke-18 yang diperbuat daripada kira-kira 500 berlian, akan dilelong pada November depan. 

Karya itu, daripada koleksi persendirian pemilik dari Asia, dijangka mendapat sambutan hangat apabila dilelong di Geneva, pada 11 November, dengan bidaan dalam talian dibuka di laman web rumah lelongan itu pada 25 Oktober.

Kalung itu, yang terdiri daripada tiga baris berlian yang dihiasi dengan jumbai berlian pada setiap hujungnya, ditampilkan untuk tatapan umum buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun.

Ia dijangka terjual pada harga antara AS$1.8 juta (kira-kira RM7.4 juta) dan AS$2.8 juta (kira-kira RM11.54 juta).

“Ia adalah penemuan yang menarik kerana, biasanya, barang kemas pada abad ke-18 sudah dipecahkan untuk digunakan semula. Jadi, untuk mempunyai sekeping utuh zaman Georgia yang penting ini, jumlah karat ini benar-benar hebat, ” kata Pengerusi Jabatan Barang Kemas di Sotheby’s, Andres White Correal.

Menurutnya, perhiasan itu diwarisi dari satu keluarga kepada keluarga lain. 

Tidak banyak yang diketahui mengenai kalung itu, termasuk siapa yang mereka bentuknya dan untuk siapa ia direka, walaupun rumah lelongan Sotheby’s percaya bahawa perhiasan seumpama itu dicipta hanya untuk keluarga diraja.

Ia mungkin akan dibuat semasa dekad sebelum Revolusi Perancis.

Rantai leher itu akan dipamerkan kepada umum di London sehingga 25 September ini, sebelum dibawa ke bandar-bandar utama di dunia iaitu Hong Kong, New York dan Taiwan. – AFP.

Continue Reading

Previous: Pemilik ladang terpaksa bunuh 125 buaya Siam, bimbang terlepas akibat banjir
Next: Volkswagen tolak tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja di kilang Jerman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.