Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kalaka banyak berubah di bawah Wahab Aziz
  • TEMPATAN

Kalaka banyak berubah di bawah Wahab Aziz

Utusan Sarawak 5 years ago
JENTERA PBB Cawangan Kalaka merakamkan gambar bersama Datuk Abdul Wahab dan Mohamad Duri.

SARATOK: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menerima dengan hati terbuka pengunduran wakil rakyatnya, Datuk Abdul Wahab Aziz seperti yang diumumkan oleh beliau sendiri semalam dengan hati yang berat.

Menurut mereka, DUN Kalaka walaupun telah banyak berubah sepanjang beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) namun perjuangan Abdul Wahab menurut mereka tetap ditagih.

Justeru, penduduk di sini berharap Mohamad Duri yang diumumkan sebagai penggantinya semalam akan meneruskan perjuangan beliau membangunkan kawasan luar bandar terutamanya DUN Kalaka.

Naib Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kasdi Pandi berkata rakyat di sini terutamanya jentera parti, pastinya amat terasa dengan kehilangan sentuhan Abdul Wahab.

“Kita juga berharap agar penggantinya (Mohamad Duri) dapat meneruskan momentum dan perjuangan Abdul Wahab membangunkan Kalaka, dan kita berdoa beliau terus diberikan kesihatan terbaik,” tambah beliau.

Kasdi berkata, penduduk dan jentera parti PBB Kalaka semalam menyuarakan kesediaan mereka untuk memberi sokongan penuh kepada pengganti Abdul Wahab.

Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Kalaka, Ali Napiah Amat berkata sumbangan Abdul Wahab kepada pembangunan di sini dan DUN Kalaka tidak dilupakan, namun beliau yakin bakal penggantinya, Mohamad Duri pastinya akan meneruskan perjuangan membangunkan penduduk di kawasan ini.

“Di bawah kepimpinan Abdul Wahab, kawasan DUN Kalaka menyaksikan kemajuan dalam perhubungan telekomunikasi, infrastruktur asas termasuk bekalan air dan elektrik di luar bandar di samping aktiviti ekonomi di bawah politik pembangunan dan transformasi diamalkannya,” kata Ali.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Isu banjir di Kampung Tabahan dapat perhatian
Next: Abang Jo tidak beri air ‘lior jak’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.