Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kadar kematian ibu bersalin membimbangkan di Indonesia – PBB
  • GLOBAL

Kadar kematian ibu bersalin membimbangkan di Indonesia – PBB

Utusan Sarawak 9 months ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) telah menyuarakan kebimbangan mengenai kadar kematian ibu bersalin di Indonesia yang mencecah 189 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup pada 2020, lapor Xinhua.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura dengan tujuh kematian, Thailand 29 kematian dan Vietnam 46 bagi setiap 100,000 kelahiran.

“Indonesia perlu berusaha lebih baik untuk mengurangkan kadar kematian ibu bersalin. Siapa yang memainkan peranan paling penting? Kita tahu bahawa 50 peratus kelahiran di Indonesia dikendalikan oleh bidan,” kata Sandeep Nanwani, pakar program kesihatan seksual dan reproduktif UNFPA Indonesia, pada Selasa.

Untuk menangani isu itu, UNFPA mengesyorkan tiga pendekatan berasaskan bukti: mengurangkan kelaziman anemia dalam kalangan wanita hamil, pengesanan awal pendarahan selepas bersalin, dan pengurusan segera pendarahan selepas bersalin.

Sandeep menekankan peranan penting yang dimainkan oleh bidan dalam melaksanakan langkah itu, menekankan kepentingan untuk terus meningkatkan kecekapan mereka bagi mencegah anemia secara berkesan dan mengesan pendarahan lebih awal. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Pempengaruh Indonesia Cut Intan Nabila dedah video dipukul, suami ditahan
Next: WHO isytihar cacar monyet darurat kesihatan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.