Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kadar dividen KWSP tinggi disambut baik
  • TEMPATAN

Kadar dividen KWSP tinggi disambut baik

Utusan Sarawak 3 months ago

AMANDA L.

KUCHING: Ahli perniagaan dan penganalisis ekonomi, Dato Sim Kiang Chiok (gambar), menyambut baik pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.30 peratus, yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut beliau, peningkatan kadar dividen ini mencerminkan pengurusan KWSP yang berhemah dan berkesan dalam mengendalikan dana persaraan rakyat Malaysia.

“Dalam persekitaran kadar faedah tinggi di ekonomi global utama, adalah menggalakkan untuk melihat EPF mampu memanfaatkan situasi ini bagi menjana pulangan yang kukuh untuk ahlinya. 

“Ini menunjukkan ketahanan EPF serta keupayaannya dalam memastikan simpanan persaraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa majoriti ahli KWSP akan terus mengumpul simpanan mereka sehingga mencapai 55 tahun sebelum pengeluaran dibenarkan, sekali gus memastikan dividen ini memberi impak positif terhadap keselamatan kewangan jangka panjang mereka melalui peningkatan simpanan dan dividen masa hadapan.

Bagaimanapun, beliau turut menyentuh mengenai pengenalan Akaun 3, yang membolehkan ahli mengeluarkan 10 peratus daripada jumlah simpanan mereka pada bila-bila masa.

“Sesetengah individu mungkin memilih untuk menggunakan dana tambahan ini bagi keperluan kewangan segera atau perbelanjaan lain. 

“Ini boleh memberi rangsangan jangka pendek bagi perbelanjaan pengguna dan memberi manfaat kepada perniagaan, walaupun majoriti simpanan masih kekal untuk persaraan,” ujarnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Semak STR menerusi MyDigital ID
Next: Bekerjasama bersih kubur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.