Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • JWC: Sepanyol kejutkan India 4-1 untuk mara ke suku akhir
  • SUKAN

JWC: Sepanyol kejutkan India 4-1 untuk mara ke suku akhir

Utusan Sarawak 1 year ago
AKSI pemain Sepanyol, Cabre Verdiell Pol (tengah) merebut bola bersama pemain India, Singh Vishnukant (kiri) pada perlawanan peringkat Kumpulan Hoki Piala Dunia Remaja 2023, Sepanyol menentang India di Stadium Hoki Nasional hari ini. Keputusan penuh, Sepanyol 4-1 India. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasukan nombor enam dunia, Sepanyol yang memburu kejuaraan sulung mereka dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) melakukan satu lagi kejutan apabila membenam juara dua kali India 4-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. 

Kejayaan malam tadi bermakna “Junior Red Sticks” yang memulakan kempen JWC 2023 mereka dengan memalukan Kanada 7-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C Selasa lepas, sudah hampir pasti mara ke suku akhir tetapi mereka perlu berhati-hati dengan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan esok sementara India akan bertemu Kanada dalam memburu slot ke suku akhir. 

Pada perlawanan malam tadi, Sepanyol memulakan serangan dan menjaringkan gol seawal minit pertama perlawanan menerusi gol padang Pol Cabre Verdiell sebelum Andreas Rafi menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-18. 

Pasukan nombor tiga dunia, India cuba bangkit dan mendapatkan gol menerusi pukulan sudut penalti Rohit pada minit ke-33 tetapi Sepanyol menghancurkan semangat mereka dengan jaringan pukulan sudut penalti Verdiell pada minit ke-41 dan pukulan penalti Rafi pada minit ke-60.

Jurulatih Sepanyol Oriol Torras Puig berkata walaupun pasukannya menduduki tangga teratas kumpulan dengan enam mata di atas Korea Selatan dan India yang masing-masing mengumpul tiga mata, mereka tidak akan mengambil mudah cabaran Korea Selatan.   

“Malam ini (tadi) , ia adalah satu perlawanan yang hebat untuk kedua-dua pasukan, dengan intensiti  dan tekanan yang amat tinggi tetapi kami berjaya menjaringkan gol dalam serangan balas. Bagi saya perlawanan seterusnya adalah paling penting, kami mahu menang dan layak ke suku akhir selaku juara kumpulan, katanya dalam sidang media selepas perlawanan. 

Pencapaian terbaik Sepanyol dalam JWC ialah menduduki tempat ketiga pada edisi 2005 di Rotterdam, Belanda.

Sementara itu, pasukan nombor empat dunia, Belanda menyegarkan kembali peluang mereka ke suku akhir dengan menewaskan pasukan sebenua Belgium 5-3 dalam perlawanan Kumpulan D.

Timo Boers muncul sebagai penyelamat kepada Juara Kejohanan EuroHockey Remaja  2022  selepas membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit kesembilan dan pukulan penalti pada minit terakhir sementara   Casper Van Der Veen (minit ke-18), Lucas Veen (minit ke-40) dan Menno Boeren (minit ke-53) masing-masing menepati sasaran.

Hugo Labouchere menjaringkan dua gol untuk Belgium dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-10 dan pukulan penalti pada minit ke-35, selain gol padang  Maximilian Langer pada minit ke-12.

Ketua Jurulatih Belanda Jesse Mahieu berkata, anak-anak buahnya agak kurang berdisiplin dalam bertahan dan mengakibatkan mereka memberikan tujuh pukulan sudut penalti, selain menerima satu kad kuning dan tiga kad hijau.

“Tetapi apa yang hebat untuk dilihat ialah mereka boleh mengubahnya … ia merupakan perlawanan yang sukar, kemenangan yang bukan mudah. Saya rasa, memikirkan dengan hanya berlatih selama dua bulan bersama, tidak dapat bermain dalam perlawanan adalah baik kerana anda perlukan perlawanan untuk matang.

“Berhadapan Pakistan kami benar-benar berjuang untuk menang tetapi kami tidak dapat penyudah tetapi dalam perlawanan ini kami berjuang sehingga tamat dan berjaya melakukan penyudah. Saya bukan berada di sini bercakap bahawa kami layak menang tetapi gembira menang perlawanan ini bagi membina keyakinan beraksi bersama-sama dan hanya untuk memastikan bagaiamanakah langkah seterusnya,” kata beliau. 

Belanda yang di tangga kedua kumpulan dengan empat mata selepas seri 3-3 dengan Pakistan semalam, bersedia menghadapi New Zealand dalam perlawanan akhir kumpulan sementara Belgium di tempat ketiga akan menentang Pakistan yang membelasah New Zealand 4-0 untuk menduduki tempat teratas kumpulan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jersi dipakai Messi di Piala Dunia 2022 bakal dilelong
Next: Piala Malaysia: Lebih 4,000 penyokong JDT ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.