Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Juventus jangan dibuai mimpi
  • SUKAN

Juventus jangan dibuai mimpi

Utusan Sarawak 5 years ago
MAURIZIO Sarri mengatakan sesuatu kepada ayam tambatannya, Ronaldo.

MAURIZIO Sarri menggesa pemain Juventus supaya tidak hilang tumpuan ketika mereka masih mempunyai peluang kedua untuk meraih gelaran kesembilan berturut-turut Serie A di laman sendiri berdepan Sampdoria.

Juara bertahan itu tewas mengejut 1-2 kepada pasukan bergelut Udinese awal pagi Jumaat lalu seterusnya terlepas gelaran berbaki tiga perlawanan.

“Kami harus terus bertarung dan tidak hilang fokus, kerana semakin hampir tidak memberikan apa-apa.

“Dalam semua perlawanan kami mahu membawa pulang mata walaupun perlu bersaing hingga 2 Ogos untuk melakukannya,” kata Sarri.

Tiga perlawanan terakhir Juventus ialah membabitkan Sampdoria, Cagliari dan Roma.

Bekas bos Chelsea dan Napoli itu menyalahkan kelesuan mental dan fizikal ketika pasukannya melepaskan dua gol pada babak kedua menentang Udinese.

“Di Udine kami melakukan kesilapan dalam keinginan kami untuk menyerang,” kata pengendali berusia 61 tahun itu.

Continue Reading

Previous: FAP selesai kemelut tunggakan gaji
Next: Salah beralih angin?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.