Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jurutera warga China ditahan reman lanjut, bantu siasatan kes kematian Marutin Pagan
  • JENAYAH

Jurutera warga China ditahan reman lanjut, bantu siasatan kes kematian Marutin Pagan

Utusan Sarawak 1 month ago
REMAN DILANJUTKAN… Suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret setelah diarahkan ditahan reman lanjut selama tiga hari.

SIBU: Seorang jurutera warganegara China diperintah ditahan reman lanjut selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan kematian Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin Pagan, 30 Mac lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Romario Jonoi terhadap suspek, 42, yang turut mengarahkan suspek dihadapkan semula di Mahkamah Majistret pada 7 April ini.

Pada 31 Mac lalu, suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes.

Pada petang 30 Mac lalu, Marutin dilaporkan maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di bulatan Kanowit di Jalan Kanowit/Julau/Durin.

Mendiang mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu anak perempuannya yang berusia 28 tahun.

Marutin bersama isteri dan tiga anak perempuannya sedang dalam perjalanan dari Kanowit ke Sibu selepas melawat bapanya yang sedang sakit di Machan apabila kenderaan mereka dilanggar oleh SUV lain di bulatan tersebut.

Mendiang Marutin yang dilahirkan pada 1969, memulakan kerjayanya sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kuching pada 15 Mac 1995 hingga 2001, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur sebagai Pegawai Pendaftar hingga 2006.

Pada pertengahan 2006, mendiang kembali ke Kuching untuk memegang jawatan Hakim Mahkamah Sesyen. Sepanjang perkhidmatannya, mendiang pernah bertugas di beberapa lokasi termasuk Bintulu (2007–2011), Kuching (2011), Miri (hingga 2016) dan Samarahan (2016–2017).

Pada 2017, Marutin dinaikkan pangkat ke Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA C) dan kembali berkhidmat di Kuching. Pada 2021, mendiang berpindah ke Sibu dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Mahkamah Negeri Sabah pada Ogos 2024.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pengarah syarikat rugi RM5.5 juta penipuan pertukaran mata wang
Next: Remaja ditahan polis bagi bantu siasatan kes curi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.