Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jurutera awam, pemilik syarikat antara enam ditahan di Sarawak bantu siasatan rasuah
  • JENAYAH

Jurutera awam, pemilik syarikat antara enam ditahan di Sarawak bantu siasatan rasuah

Utusan Sarawak 3 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat kerana disyaki memberi rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 70-an itu ditahan pada 7 pagi hingga 12 tengah hari di beberapa lokasi di sekitar Sarawak dalam satu operasi khas yang dijalankan hari ini.

“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak 2006 sehingga kini dan kontraktor yang terlibat membenarkan lesennya digunakan turut menerima komisen hingga 10 peratus daripada nilai projek berkenaan.

“Pada masa sama, jurutera awam tersebut menerima upah kerana membantu mendapatkan projek-projek jabatan berkenaan,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, SPRM turut menyita sebuah kenderaan Proton X70, wang tunai berjumlah kira-kira RM450,000 dan barang kemas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

Menurut beliau, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri, Sibu dan Kuching untuk permohonan reman, esok.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Boy involved in January’s fatal multi-vehicle crash released on police bail
Next: Rasuah: Dua peniaga ditahan reman di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.