Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Juneyao Airlines berkembang di Malaysia dengan laluan Shanghai – Kuala Lumpur mulai Jun
  • NASIONAL

Juneyao Airlines berkembang di Malaysia dengan laluan Shanghai – Kuala Lumpur mulai Jun

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JUNEYAO Airlines akan melancarkan laluan baharu dari Shanghai ke Kuala Lumpur pada Jun ini.

GEORGE TOWN: Juneyao Airlines yang beribu pejabat di China akan melancarkan laluan baharu dari Shanghai ke Kuala Lumpur pada Jun ini, memperluas kehadirannya di Malaysia selepas memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pertama di negara ini setahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata penerbangan terus Shanghai-Pulau Pinang dan Shanghai-Kuala Lumpur akan menjana kesan sinergi dan berpotensi menggandakan trafik pelancong.

“Pengaturan laluan dua bandar ini membentuk lingkaran pelancongan emas yang memaksimumkan fleksibiliti dan kemudahan di samping mengukuhkan sinergi pelancongan antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Ini memperkukuh peranan Pulau Pinang sebagai hab serantau dan meneguhkan lagi integrasi antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sebagai dua pintu masuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata penambahan laluan Shanghai-Kuala Lumpur menyokong pembangunan sistem dwihab antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan meningkatkan daya maju lingkaran perjalanan “utara-masuk, selatan-keluar” atau “selatan-masuk, utara-keluar”.

Penerbangan Shanghai-Kuala Lumpur akan beroperasi mengikut nombor penerbangan HO1353, bermula pada 28 Jun, 2025.

Penerbangan itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong (PVG) pada 5.50 petang (waktu Shanghai) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11.45 malam (waktu Malaysia).

Wong berkata penerbangan itu akan beroperasi empat kali seminggu, iaitu pada Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Penerbangan balik, HO1354, dari Kuala Lumpur ke Shanghai, akan bermula pada 29 Jun, 2025, berlepas dari KLIA pada 12.45 tengah malam (waktu Malaysia) dan tiba di PVG pada 6.15 pagi (waktu Shanghai), dan turut beroperasi empat kali seminggu (pada Selasa, Rabu, Jumaat dan Ahad).

Penerbangan sulung Juneyao Airlines ke Pulau Pinang dari PVG adalah pada 31 Mei, 2024.

Pada masa ini, syarikat penerbangan itu mengendalikan lebih 400 penerbangan harian, meliputi lebih 100 bandar di 15 negara, dan merupakan “Star Alliance Connecting Partner”. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Tarif AS ancam peranan Malaysia dalam rantaian bekalan tenaga bersih global – FMM
Next: 60 peratus tiket final Piala Malaysia terjual, cabutan bertuah jadi tarikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.