Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir menurun, lapan PSS ditutup 34 masih aktif
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir menurun, lapan PSS ditutup 34 masih aktif

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak mencatatkan penurunan berikutan penutupan beberapa PPS di beberapa daerah.

Laporan terkini Pusat Pemindahan Sementara (PPS) MTL Negeri Sarawak setakat 12.00 tengah hari, hari ini mengesahkan sebanyak lapan PPS telah ditutup, manakala 34 PPS masih aktif di seluruh Sarawak. 

Antara PPS yang telah ditutup termasuk Dewan Slabi Entukuh Serian, Dewan Masyarakat Serian, Dewan Ranchan, dan Stadium Tertutup Serian. Turut ditutup ialah Dewan Pak Kung di Serian, Naim Paragon serta Dewan Balai Raya Jepak di Bintulu, serta Masjid Darul Iman Kampung Tudan Fasa 2A di Miri.

Bagaimanapun, Dewan Kampung Bawang di Matu telah dibuka sebagai PPS baharu untuk menampung keperluan penduduk yang terjejas.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Enam PPS ditutup hari ini  
Next: Program kemasyarakatan dedah generasi baharu kepada agenda kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.