Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak bertambah 165 orang, jumlah terkini 4,705 individu terjejas
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Sarawak bertambah 165 orang, jumlah terkini 4,705 individu terjejas

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak terus menunjukkan peningkatan jumlah mangsa, dengan angka terkini meningkat kepada 4,705 orang daripada 1,519 keluarga, berbanding 4,540 mangsa daripada 1,462 keluarga yang direkodkan pada jam 12.00 tengah malam tadi.

Menurut laporan terkini, jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif kekal 24, namun terdapat perubahan dalam jumlah mangsa di beberapa bahagian.

Bintulu kini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,880 orang berbanding 1,725 sebelum ini.

Sibu juga menunjukkan peningkatan daripada 1,176 kepada 1,186 mangsa. Mukah yang sebelum ini mencatatkan 614 mangsa kekal dengan jumlah yang sama, manakala Miri masih dengan 961 mangsa.

Di Sarikei, jumlah mangsa banjir kekal rendah dengan hanya 13 orang daripada tiga keluarga yang masih berlindung di satu PPS yang masih aktif. 

Jumlah keluarga yang terjejas juga meningkat kepada 1,519, berbanding 1,462 sebelum ini.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Terkini: Mangsa banjir di Bintulu kembali meningkat
Next: Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.