KUCHING: Enam individu ditahan dalam Ops Soga iaitu operasi pencegahan judi haram bola sepak Piala Dunia sejak 6 November lalu hingga semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, enam individu itu termasuk tiga warga asing dan wang tunai berjumlah RM331 turut dirampas.
Beliau berkata, keenam-enam mereka akan didakwa mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.
Setakat ini, jika sabit kesalahan , pesalah boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata dua kertas siasatan sudah lengkap dan empat lagi sedang dibuka.
Ahsmon juga menasihat orang ramai membantu polis mendapatkan maklumat berkenaan perjudian haram bola sepak Piala Dunia.
Oleh Connie Chieng
Keterangan gambar
Suspek ditangkap dan kertas perjudian dirampas.