Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jual 67 laras senapang, 70 pistol tiruan: Polis tahan 3 lelaki, 7 wanita
  • JENAYAH

Jual 67 laras senapang, 70 pistol tiruan: Polis tahan 3 lelaki, 7 wanita

Utusan Sarawak 4 months ago

Antara senapang dan pistol tiruan yang dirampas

KUCHING: Polis menahan tiga lelaki dan tujuh wanita tempatan serta merampas 67 laras senapang dan 70 pucuk pistol tiruan dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di Kuching dan Samarahan, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata serbuan itu turut merampas 344 paket dan 18 botol berisi peluru plastik.

Menurutnya, serbuan yang dibuat setelah mendapat maklumat berkenaan aktiviti menjual senjata api tiruan kepada orang awam.

”Pasukan operasi menahan tiga lelaki dan tujuh perempuan tempatan berumur 19 hingga 46 tahun serta merampas 67 laras senapang, 70 pucuk pistol tiruan, 344 paket dan 18 botol berisi peluru plastik.

”Kes disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata, 1960.

”Pihak polis mengingatkan bahawa perbuatan memiliki, membeli atau menjual senjata api tiruan adalah merupakan suatu kesalahan jenayah walau atas apa alasan sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM 5,000 atau kedua-duanya.

”Polis Sarawak akan terus menjalankan operasi dan pemantauan terhadap penjualan senjata api tiruan di seluruh Sarawak.

”Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak melalui hotline 011-15696554 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” tambahnya.

Continue Reading

Previous: Eksekutif wanita berputih mata, RM108,401.50 melayang
Next: Dua kejadian curi meter air, menyebabkan bekalan terganggu 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.