Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ sita kenderaan tamat LKM lebih enam bulan
  • Tengah
  • WILAYAH

JPJ sita kenderaan tamat LKM lebih enam bulan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEMERIKSAAN… Pegawai JPJ Cawangan Sibu menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan dalam Operasi Pengarah Bil.5/2025 di Jalan Tunku Abdul Rahman, semalam.

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu telah menyita dua kenderaan dalam Operasi Pengarah Bil.5/2025 yang dijalankan di Jalan Tunku Abdul Rahman semalam, susulan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh lebih enam bulan.

Menurut kenyataan JPJ, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit, sebuah kereta dan sebuah van, turut dikenakan saman atas kesalahan sama setelah diperiksa semasa operasi berlangsung.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 28 notis saman dan 28 notis penguatkuasaan dikeluarkan terhadap pemandu atas pelbagai kesalahan lain yang dikesan.

Operasi berkenaan turut disertai Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim dan Ketua Seksyen Operasi JPJ Sarawak, Pegawai Penguat Kuasa Saifullah Ali.

Jurucakap JPJ memaklumkan lebih 390 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan sebagai langkah penguatkuasaan berterusan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: SUPP anjurkan karnival sempena ulang tahun ke-66 pada 28 – 29 Jun depan
Next: 17 kedai diserbu, ada simpan makanan bersama bahan kimia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.