Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sarawak periksa 136 kenderaan dalam Ops Lampu HID/LED di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Sarawak periksa 136 kenderaan dalam Ops Lampu HID/LED di Bintulu

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANTARA kenderaan yang diperiksa oleh anggota JPJ Sarawak semalam. Melibatkan pememeriksaan sistem lampu sebuah kenderaan ketika Ops Lampu HID/LED di Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu. Foto JPJ Sarawak

BINTULU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi Unit Operasi JPJ Bintulu melaksanakan Ops Lampu HID/LED di Jalan Tun Ahmad Zaidi susulan aduan orang awam mengenai penggunaan lampu HID/LED yang tidak mengikut spesifikasi.

Dalam operasi itu, sebanyak 136 kenderaan pelbagai jenis diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dilakukan, antaranya memandu tanpa lesen, lesen memandu tamat tempoh, penggunaan lampu HID/LED yang tidak mematuhi spesifikasi serta pelbagai kesalahan teknikal melibatkan kenderaan.

Menurut JPJ Sarawak, semua kesalahan yang dikesan telah diambil tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

ANGGOTA JPJ Sarawak menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan dalam Ops Lampu HID/LED di Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu, susulan aduan orang awam mengenai penggunaan lampu yang tidak mematuhi spesifikasi. Foto JPJ Sarawak

JPJ Sarawak turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius setiap aduan yang diterima daripada orang awam dan akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan semua kenderaan di jalan raya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Katanya, penggunaan lampu HID/LED yang diubah suai secara tidak sah bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya lain kerana menyebabkan silau dan menjejaskan tahap penglihatan, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Sehubungan itu, JPJ Sarawak menggesa semua pemilik dan pemandu kenderaan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, mengelakkan sebarang pengubahsuaian yang tidak dibenarkan serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan bagi mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat, selesa dan berhemah untuk semua.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Qari, qariah berpengalaman digesa lahirkan lebih ramai pelapis
Next: Latihan kebakaran tingkat kesiapsiagaan warga SMK Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.