Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPJ periksa 113 kenderaan dalam ops harian
  • NASIONAL
  • Tengah
  • WILAYAH

JPJ periksa 113 kenderaan dalam ops harian

Utusan Sarawak 3 months ago
SEKITAR ops harian yang dilaksanakan oleh Unit Operasi JPJ Cawangan Sibu di sekitar pusat bandar ini semalam. Foto JPJ Negeri Sarawak

SIBU: Sebanyak 113 kenderaan diperiksa dalam ops harian yang dilaksanakan oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu di sekitar pusat bandar ini semalam.

Daripada jumlah tersebut, 34 kenderaan dikenakan tindakan melalui pengeluaran notis ketidakakuran terhadap pemandu dan pemilik atas pelbagai kesalahan.

Ia termasuk memandu tanpa lesen, lesen kenderaan motor dan lesen memandu tamat tempoh, tiada Lesen Vokasional GDL serta beberapa kesalahan teknikal lain.

Foto JPJ Negeri Sarawak
Foto JPJ Negeri Sarawak

Selain itu, operasi ini juga turut menyaksikan sebanyak dua kenderaan telah disita kerana telah dikesan melakukan pelbagai kesalahan.

JPJ Sarawak dalam catatan Facebook berkata, operasi ini dilaksanakan adalah berfokus bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan pengendali dan pemilik kenderaan yang gagal mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah-Kaedah dibawahnya dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334).

“Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya digesa supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang berkuatkuasa,” katanya.

JPJ Sarawak turut memaklumkan bahawa sebarang aduan berkaitan trafik boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@JPJ (MyJPJ), Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA), e-mel p.sarawak@jpj.gov.my atau talian 082-373000.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong terima kunjungan hormat pegawai Imigresen Bahagian Sarikei
Next: Longgarkan pengeluaran KWSP umpama ‘hukum’ pencarum di hari tua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.